Friday, December 18, 2009

rindu-rinduan

Setiap malam aku pasti mendengar tangisannya. Tangisan yang kadang kala merisaukan aku. Mana tidaknya, jeritannya bagaikan hendak terkeluar anak tekak. Tangisannya semakin menjadi-jadi apabila dia baru habis dimandikan oleh ibunya iaitu kakak sulungku. Tetapi lain pula kisahnya pada malam ini, kakakku dan keluarganya akan bermalam di rumah ibu mertuanya. Hilanglah sudah tangisan anak saudaraku. Terasa sunyi pula rumah ini. Kepada anak saudaraku : "Jangan nakal di rumah opah. Jangan nangis kuat. Acik rindu sangat kat awak. Muahhhh!!!!!!!!