Tuesday, March 23, 2010

Cikgu, Cikgu!!!

"Cikgu, surau kat mane?"
Aku tiba-tiba berasa bangga apabila ada pelawat yang bertanyakan kepadaku tengah hari tadi. Mana tidaknya,pelawat itu merupakan seorang guru. Selama ini kalau aku beritahu aku merupakan pelajar IPG pasti ada terselit ucapan berbaur sindiran. Kadang kala aku berasa sedih.tidak mengapalah apa yang mereka ingin katakan. Hanya aku sahaja yang tahu apa yang aku fikirkan dan rasa.
Aku tahu sebagai guru aku perlu menjaga tingkah laku. Aku juga perlu melakukan setiap pekerjaan aku dengn sebaik mungkin. Itu yang pensyarah aku selalu ingatkan.
Erm. Aku sudah lama tidak menghantar 'post'. Hal ini menyebabkan aku sedikit kekok dalam menulis pengisian untuk kali ini. Nampaknya ak perlu meningkatkan kemahiran penulisan aku supaya lebih bermutu.
Ini sahajalah pengisian aku pada kali ini. Sekian....

No comments:

Post a Comment